Friday, 18 April 2014

PENGENALAN


KELUARGA SAKINAH MAWADDAH WARAHMAH

Sebagai seorang wanita, isteri dan ibu kepada 8 orang cahayamata sudah semestinya impian saya mempunyai keluarga ideal yang harmoni,bahagia,cemerlang terbilang dan segala2nya lengkap begitu juga harapan yang indah2 sentiasa bermain difikiran. Keluarga cemerlang dunia akhirat tidak semudah ABC dizaman yang penuh mencabar ini. Untuk mencapai impian saya ke arah itu saya perlukan ilmu..belajar dan terus belajar. Sebagai seorang yang mempunyai komitment yang tinggi terhadap keluarga saya harus membahagi masa dan memilih media electronik (blog,youtube,tv (banyak ilmu yang bermanfaat dari tv1,tv2,tv3,tv9(raudhah dihatiku),tv alhijrah, astro oasis dan byk lagi saluran tv yang membawa program2 rohani sebagai salah satu cabang gedung ilmu saya. Selebihnya dengan menghadiri "parenting talk", Kumpulan 'usrah" yg di bawah Naqibah Ummi setiap malam jumaat dan ceramah ilmu muslimat setiap pagi ahad. 

Melalui pembacaan dan "research" saya berminat dengan ungkapan KELUARGA SAKINAH MAWADDAH WARAHMAH ini kerana ia merangkumi kesemua impian kekeluargaan yang saya impikan selama ini. Justeru itu saya mengambil inisiatif untuk membina blog ini untuk rujukan saya yang boleh dirujuk di mana sahaja saya berada. Kesemua artikle di sini adalah artike kegemaran saya yang saya pun memperolehinya dari blogger2 yang hebat dan sentiasa berkongsi tips2 yang menarik untuk tatapan umum yang perlukan ilmu2 yang bermanfaat.

Artikle di bawah ini adalah rujukan dari http://ahmadciink.blogspot.com/2013/02/pengertian-sakinah-mawadah-warohmah.html cuma di olah bahasa oleh saya mengikut pemahaman saya. 


Pengertian Sakinah Mawadah Warahmah



Kita sering mendengar di acara pernikahan ketika MC membawakan acara atau pada sambutan-sambutan yang sering menyebutkan kata "Sakinah Mawadah Warahmah". Pasti diantara sudah akrab dengan istilah atau kata-kata itu, tapi Pasti masih banyak yang belum tau apa erti atau Pengertian Sakinah Mawadah Warahmah. 



Erti Sakinah Mawadah Warahmah.

Pengertian SAKINAH : 

Sakinah menurut bahasa bererti kedamaian, ketenteraman, ketenangan, dan kebahagiaan. Dalam sebuah pernikahan, Pengertian sakinah bererti membina atau membangun sebuah rumah tangga yg penuh dengan kedamaian, ketentraman, ketenangan dan selalu berbahagia.

Pengertian MAWADDAH : 

Mawaddah menurut bahasa bererti Cinta atau harapan. Dalam sebuah Pernikahan, Cinta adalah hal penting yang harus ada dan selalu ada pada sebuah pasangan suami Isteri. Dan Mawaddah bererti Selalu mencintai baik dikala senang mahupun musibah.

Pengertian WARAHMAH :

Warahmah memiliki kata dasar rahmat yang ertinya kasih sayang. Didalam sebuah keluarga, kasih sayang adalah hal penting yang harus ada dan selalu di jaga agar impian menjadi keluarga bahagia akan tercapai.

Jika kita gabungkan Erti SAKINAH MAWADDAH WARAHMAH bererti Keluarga yang selalu diberikan kedamaian, ketenteraman , selalu penuh dengan cinta dan kasih sayang. Pasti semua keluarga ingin menjadi keluarga yang seperti itu kan? Kunci utama untuk mendapatkan keluarga yang sakinah mawaddah warrahmah adalah meluruskan niat kita berkeluarga karena ingin mendapat REDHA dari Allah di Dunia & Akhirat.

No comments:

Post a Comment