Hari ni hari JUMAAT yang barakah….semalam anak ke 2 berhasrat nak makan nasi biryani hari ni..pagi tadi sempat ke pasar untuk mencari bahan2 yang saya google dari Nana Kitchen. Sebagai seorang WAHM (Working At Home Mother atau istilah ringkasnya WAHM) sebolehnya saya cuba luangkan masa untuk memasak sendiri menu keluarga sambil dibantu oleh pembantu rumah dalam menyediakan bahan2. Jom kita sama2 cuba resepi ini …saya pun 1st time nak cuba ni…thanks pada @Nana Kitchen atas perkongsian resepi ini..:)
Resepi: Nasi Briyani Kambing TimbusBahan untuk briyani kambing:
Bahan tumis:
1 biji bawang holland - dihiris
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
3 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
Bahan kisar:
6 ulas bawang putih
4 cm halia
2 tangkai cili merah
3 tangkai cili hijau
Bahan lain:
1 kg daging kambing - direbus empuk
1 biji tomato - dicincang
Segenggam bawang goreng - diramas
4 sudu besar rempah briyani
1/2 cawan tairu
1/2 cawan susu cair
1/2 biji jus limau nipis
1 tangkai daun ketumbar
1 tangkai daun pudina
1/4 tin tomato puree
2 sudu besar gajus
Air rebusan kambing secukupnya
1 sudu besar minyak sapi
minyak masak secukupnya
garam secukup rasa
Cara penyediaan kambing:
1. Panaskan minyak masak + minyak sapi.
2. Masukkan bahan tumis. Goreng hingga wangi dan bawang kekuningan.
3. Masukkan bahan-bahan yang dikisar, tomato puree, rempah briyani, bawang goreng dan daging kambing.
4. Masukkan daun pudina, daun ketumbar, buah tomato dan air rebusan.
5. Kacau rata. Biarkan seketika.
6. Kemudian masukkan tairu, susu cair dan garam. Kacau rata.
7. Akhir sekali masukkan perahan air limau nipis dan didihkan sebentar. Angkat.
Bahan untuk nasi:
3 cawan beras basmathi - guna beras lain pun boleh
2 sudu besar minyak sapi
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 btg kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1/2 biji bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - kisar
Sedikit halia - kisar
Daun pandan - simpul
2 sudu besar rempah briyani
Air secukupnya - ikut sukatan masak nasi biasa (nana campur air rebusan kambing)
1/2 cawan susu cair
Garam secukup rasa
Daun ketumbar - dicarik2
Segenggam gajus - dibakar sedikit
Kismis secukupnya - lebih elok digoreng sebentar dgn minyak sapi
Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak sapi dalam kuali. Masukkan bawang hiris, rempah 5 sekawan & daun pandan. Tumis hingga bawang kekuningan.
2. Masukkan bahan kisar (bawang putih & halia). Tumis lagi.
3. Masukkan rempah briyani. Tumis seketika hingga pes agak garing.
4. Masukkan air secukupnya. Biarkan mendidih.
5. Masukkan beras, susu cair & perasakan dengan garam.
6. Alihkan dalam periuk nasi & masak nasi seperti biasa.
7. Bila nasi sudah hampir masak/kering, keluarkan nasi dari periuk & masukkan dalam bekas. Tinggalkan sedikit nasi di dalam periuk (untuk jadi lapisan bawah).
8. Sendukkan sedikit lauk kambing yang dah siap tadi ke dalam periuk nasi. Ratakan.
9. Lapiskan dengan nasi lagi menutupi lauk kambing. Ulang sehingga periuk penuh dengan lapisan kambing & nasi.
10. Atas sekali, taburkan sedikit kismis, gajus & daun ketumbar. Tutup periuk & biarkan nasi kering/masak sepenuhnya.
11. Sedia untuk diihidang.
**Resepi ni versi yang tidak menggunakan saffron. Nasi boleh juga diwarnakan sedikit dengan pewarna kuning sekiranya suka.
Resepi Ehsan : Nana Farhana // Category: Malay Cuisine, Nasi
No comments:
Post a Comment